Kenali Kami

The Junx adalah sebuah syarikat siar raya yang berpusat di Selangor dan Putrajaya yang menyediakan perkhidmatan peralatan PA system untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, hari jadi, majlis korporat, majlis tahlil, majlis berendoi dan cukur jambul.

Kami berperanan sebagai penyeri majlis dan akan sentiasa memastikan majlis anda meriah dengan koleksi-koleksi lagu yang dimiliki oleh kami. Kami memiliki koleksi lagu 60'an, 70'an, 80'an, 90'an, lagu-lagu nasyid, lagu-lagu perkahwinan, lagu joget, lagu silat serta kompang yang boleh anda pilih bersesuaian dengan majlis perkahwinan anda.

Menyedari bahawa tanpa khidmat PA system, majlis perkahwinan akan sedikit hambar, maka kami akan sentiasa memastikan harga yang kami tawarkan adalah pada harga terbaik. Kami akan memastikan setiap pelanggan kami diberikan perkhidmatan yang terbaik.

Di bawah, kami kongsikan kepada anda beberapa testimonial yang kami terima dari pelanggan kami. Sekiranya anda berpuas hati atau mempunyai sebarang komen terhadap servis kami sila maklumkan kepada kami melalui email atau sms. Sebarang maklum balas dari pihak anda adalah penting bagi kami untuk memastikan servis kami sentiasa dapat diperbaiki.

Testimonial pelanggan

"Tq The Junx, majlis meriah sebab karaoke korang memang terbaek!"

Mohd Shazwan Bin Hj Jailani, Sungai Buluh, Selangor

"Mp3 kompang abang menyelamatkan majlis berarak kami, busy sangat sampai tak terpikir pulak pasal kompang"

Noorafzan Bin Ahmad, Batu Caves, Selangor

"Pertama kali kami bersilat siap ada muzik background silat... caya lah bro, semangat budak-budak silat aku bersilat depan pengantin."

Cikgu Silat Kampung Pasir, Ampang, Selangor

Lagi testimonial di blog kami, klik di sini